fbpx

Harga minimum umrah RM4,900

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Majlis Kawal Selia Umrah yang ditubuhkan berkuat kuasa serta-merta untuk memantau pengendalian pakej-pakej umrah di negara ini, menetapkan harga minimum atau penunjuk aras bagi setiap pakej umrah adalah RM4,900.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebarang harga pakej umrah yang ditawarkan di bawah RM4,900 boleh dianggap sebagai satu bentuk penipuan daripada individu atau agensi pelancongan.

“Ada (agensi pelancongan) yang menawarkan harga pakej umrah RM5,000 dan RM5,500, tetapi harga minimum ialah RM4,900. Jika ada yang menawarkan RM3,000, itu merupakan satu penipuan.

“Ini kerana purata harga yang ditetapkan atau harga penunjuk aras bagi pakej umrah ialah RM4,900 yang meliputi pakej umrah standard selama 12 hari dan 10 malam. Jadi, jika kurang daripada harga tersebut adalah menipu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Kesihatan Spectrum of Life di sini hari ini.

Mengulas mengenai penubuhan Majlis Kawal Selia Umrah, Mohamed Nazri berkata, kerajaan menubuhkan majlis tersebut bagi memantau penipuan serta pengendalian pakej umrah dengan lebih sistematik dan berkesan di negara ini.

“Majlis tersebut berperanan mengawal selia segala hal berkaitan pengendalian pakej umrah serta bertindak sebagai pusat sehenti serta menjadi saluran penyelesaian aduan yang berkaitan dengannya.

“Mereka akan berfungsi untuk menerima sebarang aduan serta pertanyaan mengenai pakej umrah yang akan disalurkan kepada ahli-ahli majlis yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut,” katanya

Mohamed Nazri menjelaskan, majlis berkenaan yang dipengerusikan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut disertai 13 agensi kerajaan serta pelancongan antaranya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pengangkutan serta Lembaga Tabung Haji.

Beliau berkata, Jawhar akan diberi kuasa oleh kementerian untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap sebarang perkara yang berkaitan pakej umrah.

“Ini bererti Jawhar akan membantu kementerian menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan. Jadi, agensi pelancongan dan pengembaraan yang terlibat dengan penipuan pakej umrah boleh dikenakan tindakan seperti denda atau pembatalan lesen.

“Kita turut mengkaji penetapan mengenakan hukuman penjara terhadap individu serta syarikat pelancongan yang didapati bersalah,” jelasnya.

Tambah beliau, isu pertindihan tugas dan bidang kuasa dalam kalangan agensi kerajaan juga tidak akan berlaku kerana peranan dan tanggungjawab tertakluk kepada punca kuasa agensi masing-masing.

Artikel: Utusan Melayu (M) Bhd

16 thoughts on “Harga minimum umrah RM4,900”

    1. tiada tuan, kami HQ di kedah dan cawangan di selangor buat masa ini. maklumat lanjut boleh hubungi 019-2283367

      1. pendaftaran azzuha

        Assalammualaikum Tuan/Puan, masih berminat dengan pakej umrah kami. Dapatkan tawaran menarik dalam tempoh terhad. untuk maklumat lanjut segera hubungi/wasap number sekian 019-2283367, atau tinggalkan number phone untuk kami hubungi. Terima Kasih Tuan/Puan.

      2. pendaftaran azzuha

  1. Assalamualaikum wr wbr.
    Saya mahu pergi umrah full ramadhan.
    Pekej sebulan ramadhan ada tak??

    1. Rosdi bin Sokri

      Saya becadang nak buat umrah pada bulan Oktober 2017 melibatkan saya, isteri dan 2 org anak perempuan.
      1. Bila tarikh@jadual umrah pada oktober ini.
      2. Berapa kos Umrah untuk 4 orang sebilik.
      3. Apa nama hotel di Madinah dan Mekah serta jarak dgn mesjid.
      4. Ada tak lawatan ke Taif.

      1. pendaftaran azzuha

        Assalammualaikum Tuan/Puan, masih berminat dengan pakej umrah kami. Dapatkan tawaran menarik dalam tempoh terhad. untuk maklumat lanjut segera hubungi/wasap number sekian 019-2283367, atau tinggalkan number phone untuk kami hubungi. Terima Kasih Tuan/Puan.

    2. pendaftaran azzuha

      Assalammualaikum Tuan/Puan, masih berminat dengan pakej umrah kami. Dapatkan tawaran menarik dalam tempoh terhad. untuk maklumat lanjut segera hubungi/wasap number sekian 019-2283367, atau tinggalkan number phone untuk kami hubungi. Terima Kasih Tuan/Puan.

    1. pendaftaran azzuha

      Assalammualaikum Tuan/Puan, masih berminat dengan pakej umrah kami. Dapatkan tawaran menarik dalam tempoh terhad. untuk maklumat lanjut segera hubungi/wasap number sekian 019-2283367, atau tinggalkan number phone untuk kami hubungi. Terima Kasih Tuan/Puan.

    1. pendaftaran azzuha

      Assalammualaikum Tuan/Puan, masih berminat dengan pakej umrah kami. Dapatkan tawaran menarik dalam tempoh terhad. untuk maklumat lanjut segera hubungi/wasap number sekian 019-2283367, atau tinggalkan number phone untuk kami hubungi. Terima Kasih Tuan/Puan.

  2. Saya nak pergi pada minggu akhir Oktober 2017.Mohon pihak tuan respon. Pakej silver berapa kosnya ketika itu?TQVM

    1. pendaftaran azzuha

      Assalammualaikum Tuan, masih berminat dengan pakej umrah kami. Dapatkan tawaran menarik dalam tempoh terhad. untuk maklumat lanjut segera hubungi/wasap number sekian 019-2283367, atau tinggalkan number phone untuk kami hubungi. Terima Kasih Tuan.

Comments are closed.