fbpx

Pakej Umrah Safwah 2018/2019

Antara perkara utama yang akan diminta oleh para jemaah umrah ialah hotel penginapan yang dekat dengan dua Masjid Suci. Ini bagi memudahkan urusan jemaah untuk berulang alik, khususnya jemaah yang berusia dan uzur. Namun, seringkali hotel yang diidamkan tidak tercapai dek harga-harga pakej yang ditawarkan sangat tinggi.

Menyedari perkara ini, kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan satu pakej istimewa, yang kami namakan sebagai “Umrah Safwah”. Tagline Safwah ini kerana hotel penginapan di Mekah berada di dalam Safwah Tower, salah satu menara yang bergabung dengan Zam Zam Tower. Hotel yang berjarak dekat ini (50 meter) biasanya ditawarkan dengan harga yang tinggi. Namun kami tampilkan pakej istimewa ini dengan harga promosi yang sangat rendah bermula dari RM5,990 sahaja.

RM5,990 adalah harga untuk bilik berempat, ia sangat rendah berbanding dengan harga pasaran. Pakej ini kami tawarkan sepanjang musim kecuali cuti sekolah. Harga untuk cuti sekolah bermula dari RM6,990. Lebih menarik lagi, harga yang dipaparkan adalah termasuk lawatan ke Ta’if dan tiada bayaran tambahan akan dikenakan.

Kami tidak menjanjikan gunungan emas, tidak juga bulan dan bintang. Tetapi kami berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi demi memenuhi dan mencapai keselesaan beribadah kepada jemaah.

Pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan, visa umrah, hotel penginapan di Mekah dan Madinah, lawatan ke kota Ta’if, empat buah beg, buku panduan umrah dan 5 liter air zam-zam setiap orang. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai Muassasahnya sendiri bagi membolehkan visa umrah diproses sendiri tanpa pihak ketiga.

Berminat?

29 thoughts on “Pakej Umrah Safwah 2018/2019”

  1. 1. Adakah flight umrah ni ada transit

    2. Jika 5 orang satu famili adakah satu bilik disediakan

    3. 12H10M…RM 5990 untuk 31 okt. hingga 10 nov

    4.Kul-Jed
    Jed- Kul balik ikut Jeddah so naik bas dari madinah ke Jeddah ye

    1. pendaftaran azzuha

      1. Kami menggunakan penerbangan Saudi Airline & Malaysia Airline. Jika menggunakan penerbangan Emirates, akan ada transit di Dubai selama 3 jam.
      2. Ya, puan boleh duduk di bilik quint (5pax).
      3. Ya, RM5990 utk tarikh 31 oct – 10 nov.
      4. Kul-Jed/Jed Kul (masuk Madinah terlebih dahulu).

      Boleh kami dapatkan no telefon puan?

      1. Norhanim Yahya

        AsSalam kalau 12hari 10malam tu….(1)Madinah berapa malam & Mekah berapa malam
        (2) flight landed at Jeddah so kena ambil bas selama 7jam journey to Madinah
        (3)Ada tak penerbangan terus masuk ke Madinah & balik melalui Jeddah
        (4) Pergi Taif FOC atau additional charge

    2. pendaftaran azzuha

      1. Sekarang kami tak ad transit lagi
      2. Kalau 5 orang memang kami sediakan satu bilik
      3. 6 malam menginap di hotel makkah , 4 malam menginap di hotel madinah & 2 hari lagi perjalanan pergi dan balik . Harga biasa RM5990 . Tarikh 31 oct hingga 10 nov tak dilancarkan di travel agency kami
      4. Ye, betul

  2. Assalam..
    Pakej ini masih terbuka ke..saya berminat utk umrah pada bulan januari atau febuari 2019

    1. pendaftaran azzuha

      Wsalam puan, masih ada lagi kekosongan untuk bulan januari dan februari.. Boleh saya dapatkan no telefon puan?

    2. pendaftaran azzuha

      Walaikumusalam, masih lagi terbuka utk umrah pada bulan januari atau febuari
      boleh puan tinggal kan no telefon

    1. pendaftaran azzuha

      Wsalam puan, masih ada lagi kekosongan untuk bulan januari dan februari.. Boleh saya dapatkan no telefon puan?

  3. Fadilah Bin Sulaiman

    Assalamualaikum. Pakej umrah sawah ni termasuk makan di hotel ke di Mekah dan madinah. Kalau bilik berdua tambah berapa. Terima kasih.

    1. pendaftaran azzuha

      Walaikumusalam, kalau pakej safwah makan dekat mmekah sediakan sarapan pagi sahaja & dimadinah makan 3 kali sehari.
      Bilik berdua tambah RM1000.
      Boleh saya dapatkan no telefon puan?

  4. KHAIRUL NIDZHAM ZAINAL ABIDIN

    Assalam, saya berminat untuk pergi umrah akhir ramadan. Tarikh 27 Mei 2019 hingga 07 Jun 2019, Berapa harga pakej ?. Terima Kasih

  5. safiah abdul jabbar

    Assalamualaikum,

    Saya berminat utk pakej 31jan – 10feb. Mohon di hantar detail itenary pd no 0123095058.

  6. as salam Az Zuha,

    boleh saya dapatkan jadual umrah bermula Januari 2019.
    Pakej utk 3 orang sebilik.

    Saya juga ingin dapatkan info mengenai jenis penerbangan

  7. As Salam
    Pakej Safwah RM5990 tu :
    termasuk makan di Mekah & Madinah ke?
    Termasuk transport dr Mekah ke Madinah & sebaliknya?

  8. Nazirah Mohd Desah

    Assalamualaikum. Selewat-lewatnya berapa bulan sebelum untuk tempah pakej umrah ya?
    Kalau berminat utk pergi bulan 7/8, itu dikira dalam cuti sekolah or tidak?

  9. Shamsudin Mohamad

    Assalamualaikum
    Kami berdua berminat utk oergi buat unrah dlm bulan ramadhan…. bila tarikh nya, berapa kos nya

  10. Mas Norhazahilah Mohd Nordin

    Assalamualaikum wbt
    Saya dan suami berhajat mengerjakan Umrah pada bulan Disember 2019. Boleh saya dapatkan harga pakej pada bulan tersebut bagi bilik 2org?

    Utk pengetahuan pihak tuan saya bermastautin di Australia dan suami adalah warganegara Australia. Boleh kah kami mengambil pakej dr Malaysia?

  11. Abdul Aziz bin Sahak

    Assalam Tuan

    Pakej umrah akhir ramadhan 25/05/2019 to 07/06/2019 ada tak? Berapa harga?

  12. Khatijah bt Samir

    Assallam…Saya dan family merancang ingin menunaikan umrah pada November 2019..Saya pilih tarikh antara 11/11/2019 ~24/11/2029
    sebab ikut cuti anak2…Adakah package pada tarikh itu dan saya memilih untuk masuk ke Mekah dahulu…kemungkinan ahli keluarga saya dlm 25 org…boleh tuan bagi pencerahan..terima kasih

Comments are closed.