ABDUL AZEEZ: Jemaah haji Malaysia diminta tidak terpedaya dengan khabar angin yang menyatakan Ringgit Malaysia (RM) tidak boleh ditukar di Tanah Suci.

Abdul Azeez: Jangan terpedaya dakyah ringgit tidak laku di Tanah Suci

ABDUL AZEEZ: Jemaah haji Malaysia diminta tidak terpedaya dengan khabar angin yang menyatakan Ringgit Malaysia (RM) tidak boleh ditukar di Tanah Suci.

ABDUL AZEEZ: Jemaah haji Malaysia diminta tidak terpedaya dengan khabar angin yang menyatakan Ringgit Malaysia (RM) tidak boleh ditukar di Tanah Suci.

JERANTUT: Jemaah haji Malaysia diminta tidak terpedaya dengan khabar angin yang menyatakan Ringgit Malaysia (RM) tidak boleh ditukar di Tanah Suci.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, maklumat itu tidak benar dan sehubungan itu jemaah haji tidak perlu panik dengan laporan yang tersebar dalam laman sosial itu.

“Maklumat yang terdapat dalam media sosial menyatakan duit kita tak boleh ditukar tak boleh diguna pakai itu satu perkara yang palsu.

“Saya telah berhubung dengan Pengarah Operasi Tabung Haji awal pagi tadi (yang berada di tanah suci) dan beliau menyatakan tiada masalah mengenai perkara itu.

“Duit kita walaupun duit kecil RM10, RM5 dia orang pun ada (untuk ditukar),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga jemaah haji Allahyarham Zaleha Yasin di Kota Gelanggi 4 di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abdul Shukor Husin dan Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris yang kemudian bersama-sama menyertai majlis tahlil Allahyarham Zaleha, 63 yang meninggal dunia di Madinah.

Allahyarham Zaleha yang tiba di Madinah bersama suaminya Jaafar Deran,73, pada 18 Ogos meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 24 Ogos lepas.

Arwah sebelum itu mengadu sakit dada, dibawa ke Klinik Kesihatan TH untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke ke Hospital King Fahd, Madinah pada 20 Ogos.

Dalam pada itu Abdul Azeez turut menyangkal dakwaan kononnya kejatuhan nilai ringgit telah menyebabkan pengurup wang di Makkah, Jeddah dan Madinah tidak mahu menerima duit Malaysia.

“Jangan sebar perkara tidak betul, saya faham kadangkala mereka nak kongsi informasi yang diterima melalui telefon bimbit, tapi sekiranya tidak sahih, jangan kongsi,” katanya.

Jemaah haji, selain itu turut diingatkan supaya tidak membawa duit yang banyak sebaliknya menyimpan dalam akaun Tabung Haji masing-masing kerana ia lebih terjamin.

Beliau berkata, setiap jemaah haji boleh mengeluarkan simpanan sehingga RM10,000 sehari menerusi kaunter yang disediakan oleh Tabung Haji di maktab penginapan masing-masing.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pergerakan jemaah Malaysia ke Tanah Suci berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, penerbangan akhir jemaah haji ke tanah suci dijadualkan pada 16 September ini.

Artikel: Astro Awani

01

Jadual Kursus Umrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh kepada jemaah-jemaah tetamu Allah sekalian. Berikut adalah tarikh-tarikh bagi kursus umrah yang akan diadakan dalam masa terdekat sebelum penerbangan pertama musim 1438 Hijrah pada November 2016 ini.

Tarikh: 22 Oktober 2016
Lokasi: Dewan Menara Zakat, Alor Setar, Kedah
Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang

Tarikh: 22 Oktober 2016
Lokasi: Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor
Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang

Tarikh: 23 Oktober 2016
Lokasi: Masjid Al-Amin, Sg. Dua, Pulau Pinang
Masa: 3:00 petang – 5:00 petang

Tarikh: 29 Oktober 2016
Lokasi: Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan
Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang

Tarikh: 30 Oktober 2016
Lokasi: Masjid Negeri, Ipoh, Perak
Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang

Tarikh: 5 November 2016
Lokasi: Masjid Al-Hudam Kilang Lama, Kedah
Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang

Akan dikemaskini dari masa ke semasa…

05

Fasa ketiga menaik taraf mataf dijangka siap sebelum musim haji

Apabila siap kelak, kira-kira 130,000 orang boleh mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah setiap jam, berbanding keupayaan mataf masa ini yang menampung kira-kira 70,000 orang sejam. - Photo AFP

Apabila siap kelak, kira-kira 130,000 orang boleh mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah setiap jam, berbanding keupayaan mataf masa ini yang menampung kira-kira 70,000 orang sejam. – Photo AFP

MAKKAH: Projek fasa ketiga menaik taraf mataf, iaitu tempat tawaf bertingkat mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di sini, dijangka siap sebelum musim haji tahun ini.

Datuk Bandar Makkah Dr Osama Fadl al-Baar berkata apabila siap kelak, kira-kira 130,000 orang boleh mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah setiap jam, berbanding keupayaan mataf masa ini yang menampung kira-kira 70,000 orang sejam semasa musim haji, umrah dan 10 hari terakhir Ramadan.

Beliau berkata projek berkenaan meningkatkan kapasiti mataf berbanding hanya 45,000 orang sejam sebelum struktur yang melingkari Kaabah itu dinaik taraf.

“Bermakna, kapasiti mataf bakal dipertingkatkan kepada dua orang setiap meter persegi sekali gus membolehkan struktur itu menampung lebih ramai jemaah,” katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir, Konsul Haji Tabung Haji (TH) Redhuan Sabaruddin.

Osama berkata fasa menaik taraf mataf yang seterusnya dijadualkan siap pada tahun depan.

“Apabila projek pembesaran masjid tersebut siap, kira-kira dua juta umat Islam boleh mengerjakan solat dalam kawasan Masjidil Haram. Jumlah itu merupakan peningkatan tiga kali ganda kapasiti Masjidil Haram berbanding sebanyak 600,000 jemaah sekarang,” katanya.

Sementara itu, katanya projek lain seperti transit aliran ringan Metro Makkah dan sistem pengangkutan awam yang lain termasuk bas dijadualkan siap secara berperingkat menjelang 2020.

Katanya projek kereta api laju al-Haramain yang dijadualkan siap pada 2017 akan memendekkan masa perjalanan dari Madinah dan Jeddah menuju ke Makkah.

“Dari Madinah ke Makkah cuma mengambil masa dua jam manakala dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah ke Makkah pula hanya 30 minit,” katanya.

Artikel: Astro Awani

Perkhidmatan lebih selesa buat 22,000 jemaah haji Malaysia tahun ini - Gambar Fail

Perkhidmatan lebih selesa buat 22,000 jemaah haji Malaysia tahun ini

Perkhidmatan lebih selesa buat 22,000 jemaah haji Malaysia tahun ini - Gambar Fail

Perkhidmatan lebih selesa buat 22,000 jemaah haji Malaysia tahun ini – Gambar Fail

MADINAH: Jemaah haji Malaysia berdaftar tahun ini yang melebihi 22 ribu orang akan menikmati perkhidmatan haji yang lebih selesa berdasarkan penambahbaikan terhadap infrastruktur utama operasi haji di Arab Saudi.

Ini hasil persiapan yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi dan juga Lembaga Tabung Haji di tanah suci.

Di Madinah peningkatan infrastruktur utama ialah pada pintu udaranya iaitu Lapangan Terbang Prince Mohammad bin Abdulaziz baru siap dan mula beroperasi.

Lapangan terbang ini hanya untuk umat Islam dan dilengkapi kemudahan khas untuk jemaah haji.

Jemaah haji yang tiba atau berlepas tidak lagi terpaksa bersesak di terminal tetapi boleh berehat dan beribadah di bangunan-bangunan khas yang dikenali sebagai Pavilion Haji.

Ini dijangka bukan sahaja akan memendekkan waktu menunggu tetapi juga melancarkan urusan keluar masuk ke madinah dengan licin.

Menurut Redhuan Sabarudin, Konsul Haji Lembaga Tabung Haji Madinah, peningkatan ini penting untuk keselesaan jemaah Malaysia yang menjadi kelompok pengunjung setia ke kota suci ini.
“Kepentingan Madinah ni, selain daripada menjadi tumpuan ibadah ziarah, ia juga menjadi tumpuan keberangkatan dan kepulangan hampir separuh jemaah haji Malaysia. Itu menunjukkan betapa pentingnya madinah ini dalam operasi haji setiap tahun,” tegasnya lagi.

Redhuan juga yakin aspek penginapan dan katering yang sudah ditempah dan dibereskan awal memberikan lokasi strategik dan suasana mesra ibadah bagi memudahkan kunjungan ke tempat suci seperti Masjid Nabawi.

Kemudahan bagi setiap individu jemaah negara dijamin tersedia.

Redhuan berkata di Madinah misalnya datang pergi jemaah Malaysia melalui empat pusingan dan setiapnya sudah dipadankan dengan jumlah peningapan yang tepat.

“Bangunan hotel Al Haram boleh menempatkan 2,500 katil, Hotel Movenpick 1,625 katil dan di Hotel Saha 730 katil. Kita menjangkakan ini mencukupi untuk menempatkan jemaah-jemaah haji kita yang sampai dari Malaysia,” beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama kumpulan media Malaysia yang meninjau persiapan perkhidmatan haji di Madinah dan Mekah.

Lembaga Tabung Haji juga sedang menyiapkan kemudahan petugas dan pusat perubatan jemaah haji di bangunan tujuh tingkat pejabat Tabung Haji Madinah yang baru, Dar al-Jeffri.

Selain menempatkan pusat operasi untuk kira-kira dua ratus orang petugas, Dar al-Jeffri juga mampu memberikan khidmat perubatan kecemasan dan wad pesakit bagi jemaah yang memerlukan.

Ini mampu memberikan kelebihan dan kelapangan fikiran kepada warga malaysia yang bakal mengerjakan haji mereka tidak beberapa bulan saja lagi.

Artikel: Astro Awani

sinarharian

Sinar Harian: Kaji Semula Syarat Pemberian Visa

Artikel: Sinar Harian
Ditulis oleh: NURUL FATIHAH SULAINI (Wartawan)
Tarikh: 10 Mac 2015

sinarharianALOR SETAR – Malaysia wajar mengikut jejak langkah Indonesia yang menetapkan syarat pemberian visa umrah hanya kepada jemaah yang memohon secara berkumpulan untuk mencegah individu yang menjadikan ibadah itu sebagai laluan menyusup ke negara bergolak di Timur Tengah bagi menyertai militan Negara Islam (IS).

Menurut Pengarah Eksekutif Az-zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, Abdul Hadi Abdul Rahman, syarat pengeluaran visa terutama bagi lelaki tanpa mahram di Malaysia cukup mudah tanpa perlu melalui pelbagai prosedur rumit seperti wanita. Mereka boleh memohon secara individu atau kumpulan kecil dalam dua hingga tiga orang.

Bagaimanapun katanya, berbeza dengan Kerajaan Indonesia yang menetapkan syarat permohonan visa umrah hanya boleh diberikan kepada jemaah secara kumpulan termasuk lelaki untuk mengelakkan rakyat mereka tidak pulang selepas menunaikan umrah.

Menurutnya, tindakan itu sekurang-kurangnya dapat membendung rakyat mereka menggunakan saluran umrah untuk menyertai sebarang aktiviti kumpulan militan di Timur Tengah.

Bagaimanapun, bagi jemaah wanita berumur 45 tahun ke bawah dan lelaki berumur 18 tahun ke bawah perlu mematuhi syarat Kedutaan Arab Saudi dalam pengeluaran visa umrah.

Mereka hendaklah pergi sama ada dengan suami atau bapa kandung, adik beradik lelaki kandung, bapa saudara kandung atau datuk kandung.

Satu lagi syarat baharu permohonan visa umrah bagi jemaah wanita berkenaan hendaklah ada surat kebenaran daripada bapa kandung atau suami untuk tumpang mahram dengan datuk, pakcik atau bapa tiri. Surat kebenaran itu hendaklah ditandatangani oleh penjaga di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Abdul Hadi berkata, sepanjang mengendalikan syarikat umrahnya kira-kira enam tahun, jarang berlaku kes jemaah yang pergi bersama agensinya tidak pulang.

“Kami hanya membawa jemaah secara berkumpulan sekurangnya 20 orang untuk memudahkan pemantauan. Justeru apabila ada seorang yang hilang mudah dikesan.

Namun kita tidak ada prosedur tertentu bagi mengetahui tujuan jemaah ke sana, tetapi selalunya memang hanya mahu menunaikan umrah.

“Bagaimanapun jika ada individu hilang kita akan segera membuat laporan kepada polis dan kedutaan di Arab Saudi untuk mengesannya,” katanya.

Guna nama agensi hanya untuk mohon visa

Abdul Hadi juga percaya terdapat segelintir agensi umrah yang berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi turut menawarkan visa umrah kepada orang perseorangan untuk memastikan kuota sentiasa bertambah.

Sedangkan mengikut peraturan Kerajaan Arab Saudi, permohonan visa melalui agensi umrah perlu dibuat secara berkumpulan lengkap dengan maklumat penerbangan pergi dan balik, penginapan serta pengangkutan sepanjang berada di sana.

Bagaimanapun bagi individu yang memilih untuk memohon visa secara persendirian tidak terikat dengan agensi terbabit, selepas membayar sejumlah wang tertentu mereka bebas memilih pergi sendiri.

“Dalam beberapa kejadian ada kalangan mereka dikesan memalsukan butiran tiket penerbangan pulang menggunakan sistem tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menggesa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada untuk menguatkuasakan undang-undang berhubung agensi umrah tidak berdaftar.

Katanya, walaupun wujud undang-undang berkenaan, pemantauan tidak dilakukan secara menyeluruh menyebabkan ada agensi atau orang perseorangan berani menawarkan pakej umrah terhadap orang awam.

“Jika berlaku sebarang masalah, syarikat yang mendaftar turut menerima tempias serupa.

“Bagaimanapun pelaksanaan lesen khas umrah bagi mengekang kes penipuan pakej ibadah umrah yang bakal berkuat kuasa tahun depan ternyata melegakan agensi umrah berdaftar,” katanya.

Melalui penguatkuasaan lesen khas di bawah outbound (pengembaraan luar negara) dikeluarkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, hanya syarikat mempunyai kontrak sah dengan muassasah (agensi pengendali umrah di Arab Saudi) serta syarikat milik orang Islam boleh mengendalikan pakej umrah.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat pertama Majlis Kawal Selia Umrah yang dianggotai 12 agensi dan badan berkaitan, bulan lalu.

Langkah ini juga dipercayai mampu membanteras penularan agensi yang menawarkan pakej umrah tanpa tauliah.

acyw

Suntikan Vaksin

acyw

Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan ‘Meningococcal Meningitis’ di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajibkan mendapatkan pelalian ‘Meninggococcal Meningitis’ yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan. Peraturan mewajibkan pelalian ‘Meninggococcal Meningitis’ ke atas bakal jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi. Pada mulanya jenis vaksin yang diwajibkan digunakan kepada bakal jemaah haji dan umrah adalah Vaksin ‘Meningococcal Mengintis A, C. Walaubagaimanapun disebabkan terdapat perubahan corak jenis kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit, mulai tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi mewajibkan penggunaan Vaksin ‘Meninggococcal Meningitis jenis A, C, Y, W135 yang juga dikenali sebagai Vaksin ‘Meningococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW135). Satu suntikan Vaksin ‘Meningococcal Meningitis (ACYW135) boleh memberi perlindungan kepada individu berkenaan selama 3 tahun dari jangkitan penyakit ‘Meninggococcal Meningitis yang disebabkan oleh kuman Nisseria Meningitidies dari SerotypeA, C, Y, dan W135.

Berikut adalah jenama Vaksin ‘Meninggococcal Quadrivalent’ dalam pasaran, yang didaftar dan diluluskan penggunaannya oleh Biro Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jenama: Mencevax Injection
Pengeluar : Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (Produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali laktosa daripada susu lembu)

Jemaah boleh mendapatkan suntikan ACYW135 di mana-mana Klinik Swasta berhampiran dengan perbelanjaan sendiri dan jemaah akan dibekalkan oleh klinik tersebut dengan buku kesihatan seperti rajah di bawah atau yang seumpama dengannya.

jamilkhir

Sinar Harian: Visa umrah dikurangkan kerana MERS-CoV


Artikel: Sinar Harian
Tarikh: 15 Mei 2014

GURUN – Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota visa bagi menunaikan umrah dalam usaha membendung penularan wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata, kerajaan Arab Saudi mahu mengurangkan bilangan jemaah umrah berikutan wabak berkenaan dan ini menunjukkan kerajaan negara itu memandang serius penularan virus itu.

Katanya kerajaan Arab Saudi bersungguh-sungguh untuk menangani wabak berkenaan, sehubungan itu pihaknya akur dan akan mengikut segala arahan yang dikeluarkan Arab Saudi.

Katanya tindakan itu mungkin akan menyebabkan masalah kerana permintaan rakyat negara ini untuk mengerjakan umrah tinggi pada bulan Rejab dan Syaaban serta cuti persekolahan hujung bulan ini, selain ramai yang telah berdaftar dengan ejen untuk mengerjakan umrah.

“Yang telah berdaftar perlu timbangkan semula pengurangan visa umrah itu kerana ia untuk kebaikan semua pihak. Saya yakin selepas masalah virus itu berkurangan semuanya akan berjalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Parlimen Jerai di sini hari ini.

Anggota Parlimen Jerai itu berkata rakyat negara ini perlu memberi peluang kepada kerajaan Arab Saudi untuk menangani masalah tersebut sehingga selesai dengan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan.

Mengenai cadangan diwujudkan undang-undang sihir bagi membela mangsa yang terkena sihir, Jamil Khir berkata perkara itu perlu dikaji dengan lebih teliti terlebih dahulu dalam pelbagai aspek sebelum menggubal undang-undang berkenaan.

“Kita perlu lihat dari segi mahkamah mana untuk menjalankan perbicaraan dan saksi pendakwaan untuk mendakwa orang yang melakukan sihir terhadap sesorang serta bimbang sekiranya undang-undang tersebut digubal kelak, kita tidak mampu untuk melaksanakan undang-undang itu,” katanya.

Sebuah akhbar melaporkan undang-undang berkaitan jenayah sihir sedang digubal oleh Jawatankuasa Kajian Undang-undang Sihir yang kini di peringkat akhir melengkapkannya.

Jawatankuasa itu dilaporkan berkata adalah wajar untuk mewujudkan undang-undang sihir bagi membela mangsa yang terkena sihir dengan mengenakan tindakan mahkamah terhadap pelaku sihir.

Pada Sambutan Hari Guru itu, Jamil Khir menyumbangkan RM53,900 untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilih di Parlimen Jerai bagi meningkatkan prestasi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – Bernama

had-umrah

Berita Harian: Umrah Dihad Enam Bulan Sekali


Artikel: Berita Harian Online
Ditulis oleh: Fairuz Zaidan (Wartawan)
Tarikh: 15 Feb 2014

had-umrahKuala Lumpur: Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan rakyat Malaysia menunaikan umrah setiap enam bulan sekali berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Berikutan peraturan baharu itu, mereka yang mahu menunaikan umrah hanya akan diberikan visa selepas enam bulan kembali dari umrah terdahulu.

Berdasarkan keperluan semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika mengesahkannya berkata beliau difahamkan peraturan itu berdasarkan keperluan semasa berikutan projek pembangunan Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya.