Loading

Tentang Az Zuha Travel & Tours

Pengenalan kepada Visi & Misi Syarikat, Wawasan Gemilang 2030, Strategi & Falsafah Logo, dan Perkembangan Prestasi Syarikat

MISI & VISI

Visi

Membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada anak bangsa disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah didalam sektor pelancongan

Misi

Kekalkan beroperasi dan berpotensi selama 100 tahun sehingga legasi ini berjaya diwarisi dan menjadi amal jariah dimasa hadapan. (Insya-Allah)

STRATEGI DAN FALSAFAH LOGO

Imej burung sinonim dengan berada di kedudukan yang tinggi. Kedudukannya yang sedang berada diatas membolehkannya melihat dengan lebih jauh dalam skop yang lebih luas. Inilah wawasan warga kami, mempunyai cita-cita dan keluhuran budi pekerti yang tinggi dalam membentuk jati diri serta melihat sesuatu dalam skop yang lebih luas

PERKEMBANGAN PRESTASI SYARIKAT

  • 01

    2012

    Syarikat ini telah ditubuhkan pada tanggal 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA TRAVEL & TOURS SDN BHD bertempat di alamat No.1332-A, Jalan Serai Wangi 13/6 Taman Serai Wangi 2, 09400 Pdanag Serai, Kedah. Pada tahun yang sama, syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

  • 02

    2013

    Pada tahun 2013 iaitu setahun selepas penubuhannya, Alhamdulillah AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD telah berjaya membuka cawangan pertama di No.5 Jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. Bagi memudahkan urusan pihak pengurusan, cawangan ini telah ditukarkan menjadi ibu pejabat syarikat atas faktor kedudukannya yang lebih dekat dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu bandar pentadbiran dan Ibu Negara Malaysia.

  • 03

    2014

    Pada tahun 2014, dua tahun selepas operasi di Padang Serai, AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD telah berjaya membuka satu lagi cawangan baru iaitu di Shah Alam, Selangor. Cawangan ini telah beroperasi di alamat 11-12-A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

  • 04

    2015

    Pada tahun 2015, AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD, telah berjaya memperolehi Lesen Outbound daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

  • 05

    2016

    Pada tahun 2016, AZ ZUHA mengembangkan lagi sayapnya dengan membuka cawangan ketiga di Alor Setar. Pada tahun ini juga AZ ZUHA telah berjaya mendapatkan Lesen Muassasah sendiri bersama AALA FOR UMRAH SERVICES. AZ ZUHA terus berkembang dengan menjadi rakan kerjasama KRS Travel dengan menyewakan khas penerbangan FLYNAS pada tahun yang sama. AZ ZUHA juga berjaya memajak Hotel Royel Orchid di Safwah Tower pada tahun ini

  • 06

    2017

    Pada tahun 2017, AZ ZUHA telah berjaya memperolehi Lesen Khas Umrah (LKU) AZ ZUHA telah memajak Hotel Safwah Dar Eiman untuk tempoh satu musim 1439H sehingga 1440H pada tahun ini.

  • 07

    2018

    Pada tahun 2018 ini, AZ ZUHA telah memanjak Hotel Royal Orchid di Safwah Tower. AZ ZUHA juga sangat komited dengan mengembangkan operasi syarikat dengan mewujudkan beberapa cawangan baru di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Bahru. Kesemua cawangan baru ini masih dalam proses kelulusan lesen daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

LESEN & SIJIL BERKAITAN

Shopping Basket
Chat Bersama Kami!