alsafwah01

Pakej Umrah Safwah 2018/2019

Antara perkara utama yang akan diminta oleh para jemaah umrah ialah hotel penginapan yang dekat dengan dua Masjid Suci. Ini bagi memudahkan urusan jemaah untuk berulang alik, khususnya jemaah yang berusia dan uzur. Namun, seringkali hotel yang diidamkan tidak tercapai dek harga-harga pakej yang ditawarkan sangat tinggi.

Menyedari perkara ini, kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan satu pakej istimewa, yang kami namakan sebagai “Umrah Safwah”. Tagline Safwah ini kerana hotel penginapan di Mekah berada di dalam Safwah Tower, salah satu menara yang bergabung dengan Zam Zam Tower. Hotel yang berjarak dekat ini (50 meter) biasanya ditawarkan dengan harga yang tinggi. Namun kami tampilkan pakej istimewa ini dengan harga promosi yang sangat rendah bermula dari RM5,990 sahaja.

RM5,990 adalah harga untuk bilik berempat, ia sangat rendah berbanding dengan harga pasaran. Pakej ini kami tawarkan sepanjang musim kecuali cuti sekolah. Harga untuk cuti sekolah bermula dari RM6,990. Lebih menarik lagi, harga yang dipaparkan adalah termasuk lawatan ke Ta’if dan tiada bayaran tambahan akan dikenakan.

Kami tidak menjanjikan gunungan emas, tidak juga bulan dan bintang. Tetapi kami berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi demi memenuhi dan mencapai keselesaan beribadah kepada jemaah.

Pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan, visa umrah, hotel penginapan di Mekah dan Madinah, lawatan ke kota Ta’if, empat buah beg, buku panduan umrah dan 5 liter air zam-zam setiap orang. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai Muassasahnya sendiri bagi membolehkan visa umrah diproses sendiri tanpa pihak ketiga.

Berminat?

risiko-umrah-diy

Umrah DIY Memang Murah Tapi Pertimbangkan 7 Risiko Ini Dulu

Artikel ini ditulis oleh Masnira Ramli, orang Malaysia yang tinggal di Makkah Al-Mukarramah.

risiko-umrah-diy

Sejak viral tentang umrah DIY, ada beberapa orang yang email dan PM saya untuk bertanyakan pendapat. Tidak kurang yang cuba merisik-risik jika saya boleh tolong bookingkan hotel dan pengangkutan.

Mahu berjimat katanya. Mahu kos lebih murah. Saya juga pernah bawa keluarga datang sendiri ke sini. Minta travel agent buatkan visa sahaja. Bukan tak boleh atau saya tidak menyokong usaha anda tetapi ada beberapa perkara yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam.

Pendapat peribadi saya:

1. Perlu kajian lengkap

Datang umrah bukan macam holiday ke tempat lain. Kita bebas untuk explore ke mana yang kita suka. Umrah ini adalah perjalanan ibadah. Lagi banyak masa yang anda habiskan untuk beribadat, lebih baik. Lebih puas dan lebih berbaloi. Kalau datang sendiri, nak kena kaji peta, tercari-cari hotel, tempat makan. Nak jimat punya pasal hotel pun jauh. Saya rasa banyak rugi masanya di situ.

2. Masalah komunikasi

Kalau pandai berbahasa arab is a bonus. tapi masih perlu tahu secara terperinci akan lokasi . contohnya lokasi hotel, kos yang biasa dikenakan.. bagaimana nk keluar daripada airport kerana pemegang visa umrah akan keluar di terminal haji. boleh ambil teksi dari situ untuk ke makkah atau madinah. tapi kalau salah dapatkan teksi boleh kena tipu!

3. Tiket kapal terbang

Tiket kapal terbang tak murah. Ikut musim juga. Kalau musim Ramadan harga akan lagi mahal. Nak murah kena tunggu AirAsia buat promosi lah.

4. Faktor keselamatan

Faktor keselamatan juga penting. Jangan pandang ringan. Lebih lagi untuk wanita. Perlu lebih berhati-hati. Kalau boleh jangan ambil teksi tanpa saudara lelaki atau pun suami anda. Agak bahaya. Budaya juga berlainan. Orang sini jarang sekali berurusan dengan wanita. Kita tak boleh over independent sangat. Bahaya.

5. Makanan

Makanan agak mahal di sini. Nak murah pun ada. Dapat roti Arab besar-besar tu. Memang kenyang. Kalau nasi agak mahal. Tapi portion besar.Boleh kongsi ramai-ramai.

6. Kos pengangkutan

Kalau pergi ziarah kos teksi semua agak mahal ya. Sebab lokasi ziarah semua agak jauh dari Masjidil Haram.

7. Bila ada kematian

Ni paling penting. Kalau melibatkan kematian agak rumit kalau datang sendirian. Kami pernah jumpa jenazah rakyat Malaysia yang tidak dikebumikan berbulan-bulan. Oleh itu jangan ambil ringan kalau bab perjalanan ibadah ini. Dah biasa buat backpackers trip ke tempat lain kalau boleh, jangan buat di mekah dan madinah.

Pendapat saya, untuk beribadat kita pastikan perjalanan lancar dan selamat. Baru tenang dan tidak terganggu ibadah. Untuk yang kurang berkemampuan saya kira-kira kos diy tak jauh beza dengan ambil pakej-pakej murah. Hotel pun sama jauh. Keselamatan lebih terjamin.

Makanan dan pengangkutan semua biasanya dah tersedia. Kita tinggal fikir untuk ibadah sahaja. Hal lain tak payah susah-susah nak fikir. Kalau datang diy banyak juga kos tersembunyi yang nak kena kira tu.

Jadi fikir-fikirkan lah semula ya. Dalam keadaan bagaimana kita datang sekali pun semua itu adalah usaha. Inshaallah. Doakan yang baik-baik dan dipermudahkan.

Selebihnya adalah tawakal. Cuma ‘jalan usaha’ itu kena betul dan tidak memudaratkan diri sendiri.

burj02

Burj Al-Sultan, Makkah

Hotel Burj Al-Sultan terletak di kawasan Misfalah, Makkah. Jaraknya lebih kurang 250 meter dari dataran Masjid Al-Haram. Hotel bertaraf 3 bintang ini selesa untuk diduduki.

wessam001

Al-Wissam, Makkah

Hotel Al-Wissam terletak di kawasan Ajyad, Makkah. Jaraknya lebih kurang 600 meter dari dataran Masjid Al-Haram. Hotel ini selesa untuk diduduki.

EIWA07

Eiwa Ajyad, Makkah

Eiwa Ajyad terletak di jalan Ajyad, Makkah. Jaraknya lebih kurang 350 meter dari dataran Masjid Al-Haram. Hotel ini bertaraf empat bintang dan selesa untuk diduduki.

kingsalman

Tragedi Masjid Al-Haram dan perintah Raja Salman

binladenBaru-baru ini berlakunya sebuah tragedi di Masjid Al-Haram, Makkah Al-Mukarramah iaitu angin ribut yang kuat telah menumbangkan sebuah kren yang berada di sebelah tempat Sa’ie. Kren tersebut telah jatuh ke atas bangunan Sa’ie dan beberapa bahagian kren telah terjatuh di tempat lapang antara Mataf dan bangunan masjid hingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang cedera dan ada yang mengalami kecacatan kekal.

Sehubungan kejadian tersebut, maka operasi pembinaan di Masjid Al-Haram dihentikan serta merta. Syarikat pembinaan Bin Laden (pemilik kren dan projek) digantung dari semua projek yang sedang berjalan, dinilai semula bagi projek-projek sedang berjalan yang lain serta dilarang menyertai projek akan datang di Saudi sehingga semua siasatan lengkap dan hukuman telah lengkap kemudian barulah disemak semula kelayakan syarikat ini untuk turut membida projek akan datang. Ini kerana menurut siasatan awal, kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat. Semua anggota projek yang terbabit dilarang dari tinggalkan Arab Saudi sehingga semua siasatan tamat.

Raja Salman dan Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan:

1. Bayaran pampasan Riyal 1 juta (RM 1.14 juta) bagi waris si mati.
2. Bayaran pampasan Riyal 1 juta (RM 1.14 juta) bagi setiap yang cedera yang sebabkan kecacatan kekal.
3. Bayaran pampasan riyal 500 ribu (RM573 ribu) bagi cedera yang lain.
4. Diberikan jemputan khas seramai 2 orang dari waris si mati untuk tunai Haji jemputan Diraja tahun 1437H.
5. Dibenarkan semua jemaah Haji yang cedera sehingga tidak mampu tunai Haji tahun ini dengan baik, untuk kembali menunaikan Haji tahun hadapan dengan pakej jemputan Diraja.
6. Dibenarkan beberapa ahli keluarga mangsa yang terlantar di hospital diberi visa khas untuk menunggu di Saudi dan diberi perhatian khas kepada mereka sehingga pulang.

Sumber: www.alriyadh.com/1082991

makkah-tragedy

segway

Fatwa: Hukum Tawaf Menggunakan Segway / Mini-Segway

Muqaddimah

Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard. Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway

Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.

Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut

Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:
أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.
Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)

Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:
شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ
Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: “Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”
Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)

Di dalam hadis Jabir R.A:
طَافَ النَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ
Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.
Riwayat al-Nasa’i (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:

  • kerana untuk membimbing orang ramai.
  • kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
  • kerana uzur atau sakit.

Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus.

Pendapat Ulama

Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:

Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:
الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ
Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.
Riwayat al-Nasa’i (2922)

Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].

Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.

Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:

  • Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
  • Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
  • Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
  • Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
  • Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015

Sumber