pakej1

Siapa Lagi Yang Mahu Menunaikan Umrah September – Disember 2019 ini ?

Kami ada TAWARAN MENARIK yang istimewa menanti anda 🙂 🙂 🙂

  • Pakej Umrah Safwah & Pakej Umrah Rotana.
  • Hotel di Makkah hanya 50m sahaja!
  • Hotel di Madinah pula (Hotel Rawda Al Aqiq) lebih kurang 150m sahaja!
  • Pakej ini mengunakan Penerbangan Saudi Airlines
  • 12 hari 10 malam seperti yang tertera pada pilihan jadual penerbangan

dan hampir setiap hari bermula September 2019. Apa tunggu lagi!

Syarikat Kami mempunyai lesen penuh:

  1. Inbound
  2. Outbound
  3. Ticketing
  4. Lesen Khas Umrah (LKU)

Juga Lesen dari Kementerian Kewangan dan Lesen Bumiputera.

Mempunyai kerjasama dengan Muassasah Alaaa Umrah Company untuk mengeluarkan visa umrah sendiri

Istimewanya lagi, pakej ini termasuk :

  1. 3x ziarah di Makkah, iaitu Jiranah, Hudaibiyah, daaaaaaan ke Kota Thoif
  2. Kursus Umrah di tempat yang telah di tetapkan, boleh lihat jadual di Web, Fb dan instagram
  3. Pembimbing yang berpengalaman dan berketerampilan
  4. Setiap jemaah akan mendapat 4 bag dan 5 liter air zam zam

Dan banyaaak lagi!!!

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di :-

Website Kami:

https://www.azzuhatravel.com

Facebook kami:

https://www.facebook.com/AzzuhaTravel/

Instagram Kami:

https://www.instagram.com/azzuhatravel/

Jangan lepaskan peluang ini!!

Jumpa anda dalam group umrah akan datang yeeaaa!!

Terima kasih

04

Pakej Umrah Ramadhan 2018/1439H


Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan adalah impian umat Islam, selain daripada mengerjakan Haji. Ini kerana ganjaran kepada mereka yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan adalah sangat besar sepertimana yang dijanjikan oleh Baginda Rasul melalui lisan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, laksanakanlah umrah kerana umrah pada bulan Ramadhan menyamai (pahala) ibadah haji.” (Sahih Bukhari, no. 1657, Sahih Muslim, no. 2201)

Kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pengendali umrah, bertanggungjawab untuk menyediakan pakej bagi memudahkan urusan mereka yang berkeinginan mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan. Untuk itu kami tawarkan pakej “Umrah Ramadhan” dengan beberapa pilihan kategori.

Pakej Awal Ramadhan dan Tengah Ramadhan dengan harga bermula RM8,990 sahaja. Hotel penginapan yang dekat menjadi keutamaan kami demi memberi keselesaan kepada jemaah. Sementara itu, pakej Akhir Ramadhan yang kami tawarkan adalah bermula dengan harga RM12,500.

Bagi ketiga-tiga pakej ini (Awal, Tengah dan Akhir), hotel penginapan yang disediakan ialah di Royal Dar Eiman, Mekah (dalam Safwah Tower). Jarak yang sangat dekat, sudah tentu akan memudahkan para jemaah berulang alik ke masjid.

Sementara itu, pakej umrah Sebulan Ramadhan ditawarkan dengan harga RM10,900. Jarak hotel ialah 550 meter ke dataran Masjid Al Haram.

Umrah Ramadhan, ganjaran diburu, keampunan dirindu.

Berminat?

alsafwah01

Pakej Umrah Safwah 2018/2019


Antara perkara utama yang akan diminta oleh para jemaah umrah ialah hotel penginapan yang dekat dengan dua Masjid Suci. Ini bagi memudahkan urusan jemaah untuk berulang alik, khususnya jemaah yang berusia dan uzur. Namun, seringkali hotel yang diidamkan tidak tercapai dek harga-harga pakej yang ditawarkan sangat tinggi.

Menyedari perkara ini, kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan satu pakej istimewa, yang kami namakan sebagai “Umrah Safwah”. Tagline Safwah ini kerana hotel penginapan di Mekah berada di dalam Safwah Tower, salah satu menara yang bergabung dengan Zam Zam Tower. Hotel yang berjarak dekat ini (50 meter) biasanya ditawarkan dengan harga yang tinggi. Namun kami tampilkan pakej istimewa ini dengan harga promosi yang sangat rendah bermula dari RM5,990 sahaja.

RM5,990 adalah harga untuk bilik berempat, ia sangat rendah berbanding dengan harga pasaran. Pakej ini kami tawarkan sepanjang musim kecuali cuti sekolah. Harga untuk cuti sekolah bermula dari RM6,990. Lebih menarik lagi, harga yang dipaparkan adalah termasuk lawatan ke Ta’if dan tiada bayaran tambahan akan dikenakan.

Kami tidak menjanjikan gunungan emas, tidak juga bulan dan bintang. Tetapi kami berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi demi memenuhi dan mencapai keselesaan beribadah kepada jemaah.

Pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan, visa umrah, hotel penginapan di Mekah dan Madinah, lawatan ke kota Ta’if, empat buah beg, buku panduan umrah dan 5 liter air zam-zam setiap orang. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai Muassasahnya sendiri bagi membolehkan visa umrah diproses sendiri tanpa pihak ketiga.

Berminat?

risiko-umrah-diy

Umrah DIY Memang Murah Tapi Pertimbangkan 7 Risiko Ini Dulu


Artikel ini ditulis oleh Masnira Ramli, orang Malaysia yang tinggal di Makkah Al-Mukarramah.

risiko-umrah-diy

Sejak viral tentang umrah DIY, ada beberapa orang yang email dan PM saya untuk bertanyakan pendapat. Tidak kurang yang cuba merisik-risik jika saya boleh tolong bookingkan hotel dan pengangkutan.

Mahu berjimat katanya. Mahu kos lebih murah. Saya juga pernah bawa keluarga datang sendiri ke sini. Minta travel agent buatkan visa sahaja. Bukan tak boleh atau saya tidak menyokong usaha anda tetapi ada beberapa perkara yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam.

Pendapat peribadi saya:

1. Perlu kajian lengkap

Datang umrah bukan macam holiday ke tempat lain. Kita bebas untuk explore ke mana yang kita suka. Umrah ini adalah perjalanan ibadah. Lagi banyak masa yang anda habiskan untuk beribadat, lebih baik. Lebih puas dan lebih berbaloi. Kalau datang sendiri, nak kena kaji peta, tercari-cari hotel, tempat makan. Nak jimat punya pasal hotel pun jauh. Saya rasa banyak rugi masanya di situ.

2. Masalah komunikasi

Kalau pandai berbahasa arab is a bonus. tapi masih perlu tahu secara terperinci akan lokasi . contohnya lokasi hotel, kos yang biasa dikenakan.. bagaimana nk keluar daripada airport kerana pemegang visa umrah akan keluar di terminal haji. boleh ambil teksi dari situ untuk ke makkah atau madinah. tapi kalau salah dapatkan teksi boleh kena tipu!

3. Tiket kapal terbang

Tiket kapal terbang tak murah. Ikut musim juga. Kalau musim Ramadan harga akan lagi mahal. Nak murah kena tunggu AirAsia buat promosi lah.

4. Faktor keselamatan

Faktor keselamatan juga penting. Jangan pandang ringan. Lebih lagi untuk wanita. Perlu lebih berhati-hati. Kalau boleh jangan ambil teksi tanpa saudara lelaki atau pun suami anda. Agak bahaya. Budaya juga berlainan. Orang sini jarang sekali berurusan dengan wanita. Kita tak boleh over independent sangat. Bahaya.

5. Makanan

Makanan agak mahal di sini. Nak murah pun ada. Dapat roti Arab besar-besar tu. Memang kenyang. Kalau nasi agak mahal. Tapi portion besar.Boleh kongsi ramai-ramai.

6. Kos pengangkutan

Kalau pergi ziarah kos teksi semua agak mahal ya. Sebab lokasi ziarah semua agak jauh dari Masjidil Haram.

7. Bila ada kematian

Ni paling penting. Kalau melibatkan kematian agak rumit kalau datang sendirian. Kami pernah jumpa jenazah rakyat Malaysia yang tidak dikebumikan berbulan-bulan. Oleh itu jangan ambil ringan kalau bab perjalanan ibadah ini. Dah biasa buat backpackers trip ke tempat lain kalau boleh, jangan buat di mekah dan madinah.

Pendapat saya, untuk beribadat kita pastikan perjalanan lancar dan selamat. Baru tenang dan tidak terganggu ibadah. Untuk yang kurang berkemampuan saya kira-kira kos diy tak jauh beza dengan ambil pakej-pakej murah. Hotel pun sama jauh. Keselamatan lebih terjamin.

Makanan dan pengangkutan semua biasanya dah tersedia. Kita tinggal fikir untuk ibadah sahaja. Hal lain tak payah susah-susah nak fikir. Kalau datang diy banyak juga kos tersembunyi yang nak kena kira tu.

Jadi fikir-fikirkan lah semula ya. Dalam keadaan bagaimana kita datang sekali pun semua itu adalah usaha. Inshaallah. Doakan yang baik-baik dan dipermudahkan.

Selebihnya adalah tawakal. Cuma ‘jalan usaha’ itu kena betul dan tidak memudaratkan diri sendiri.